Arnold Schwarzenegger terlibat nahas jalan raya

0
2

BINTANG Hollywood terkenal, Arnold Schwarzenegger dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di Los Angeles pada Jumaat malam.

Difahamkan seorang wanita turut cedera dalam nahas yang membabitkan empat kenderaan itu.

Tular menerusi media antarabangsa menunjukkan foto dari lokasi kejadian di mana sebuah kenderaan kenderaan utiliti sukan (SUV) besar menghempap tiga kenderaan lain di persimpangan berhampiran rumah Arnold, di kawasan kejiranan mewah Brentwood.

Kenderaan SUV milik Schwarzenegger dirakam melenyek kereta Toyota Prius

Ketika kejadian, Schwarzenegger, 74, memandu kenderaan SUV jenis GMC Yukon sebelum bertembung dengan sebuah kereta Toyota Prius dan menghempap kereta tersebut, lalu berguling dan merempuh sebuah lagi kereta jenis Porsche Taycan.

Situasi kemalangan kelihatan agak teruk dengan kenderaan SUV milik Schwarzenegger dirakam melenyek kereta Toyota Prius

Difahamkan setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan tiada pembabitan pengambilan dadah atau alkohol.

Jurucakap bintang itu mengesahkan kepada Los Angeles Times, bekas gabenor California itu yang memandu SUV tersebut ketika kejadian, tetapi dia tidak mengalami sebarang kecederaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here