Najib gertak saman MP Kangar

0
1

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberi amaran kepada Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad agar memadam hantaran berbaur fitnah yang mengaitkan namanya berhubung isu kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau memberi amaran akan menyaman itu diruangan komen laman Facebook (FB), selepas hantaran Noor Amin dengan tangkap layar FB Najib Razak membuat hantaran ‘Selamat jalan?’ berhubung kesihatan bekas Perdana Menteri ketujuh itu.

“Min (admin), tak nak padam ke? Nak sangat saya saman? Soal Najib.

Amaran Ahli Parlimen Pekan itu berhubung kait dengan hantaran Noor Amin yang menulis ‘Bila bagi cytro jaga akaun FB’

Gara-gara komen tersebut Facebook Noor Amin diserang netizen yang menyatakan tindakannya itu sengaja meraih perhatian dengan menulis kenyataan yang serkap jarang.

Najib dalam hantaran terbaharu memberitahu tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada Noor Amin, walaupun hantaran yang dikatakan memfitnah namanya telah dipadam.

“Selepas saya komen, Ahli Parlimen PH ni telah padam posting yang begitu bangang sekali itu.

“Tapi tak ada pun dia minta maaf atau mengaku dia telah fitnah saya dengan ‘screenshot’ edit kononya saya buat posting ‘Selamat jalan’,” tulis Najib.

Semalam, Najib menafikan sekeras-kerasnya hantaran ‘Selamat Jalan?’, yang didakwa daripada FB miliknya.

Sebaliknya, jelas beliau, hantaran itu telah disunting dengan menggunakan laman sosialnya, ianya adalah fitnah.

Sementara itu, Noor Amin dalam maklum balas mengenai perkara itu memaklumkan hantaran dibuatnya adalah berdasarkan ciapan di Twitter pegawai Dr Mahathir.

“Tak perlu bising-bising. Saya tak delete pun posting tu. Saya ambil daripada twit Adam, pegawai Tun M,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here