Dr Mahathir terima rawatan di CCU IJN

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu disahkan oleh jurucakap pejabat Dr Mahathir kira-kira jam 4 petang tadi.

“Ya, Tun Mahathir ditempatkan di CCU,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan tiba di IJN sebentar tadi bagi menziarahi Dr Mahathir.

Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar enam hari kemudian.

Pada 16 Disember tahun lalu, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here