MENTERI Besar Johor mengesahkan akan mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Bukit Serene pada petang ini.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhububgan Umno Negeri Johor, berkata majlis mengadap itu akan diadakan pada jam 5 petang.
“Sekarang saya akan mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di Kota Iskandar dan kemudian saya akan ke Istana Bukit Serene
“Dan selepas itu saya akan adakan sidang media khas di sini (Bangunan Umno Johor),” katanya kepada pemberita.
Beliau turut mengesahkan sudah dapat persetujuan daripada Badan Perhububgan Negeri untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN.
“Saya akan maklumkan perinciannya dalam sidang media jam 6 petang ini,” katanya. – Malaysiapost
Kredit Foto: Facebook

