Bukti tunjuk Azam Baki kendali, kawal akaun dagangannya – SC

0
2

KEPUTUSAN bahawa tiada pelanggaran syarat di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki adalah berdasarkan bukti bebas yang dikumpulkan.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), bukti berkenaan menunjukkan Azam ialah pemegang akaun yang dinamakan dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan itu.

“Selain itu, Azam juga mengendalikan akaun yang dibukanya kerana beliau memberi arahan untuk membeli, menjual dan memindahkan sekuriti daripada akaun berkenaan.

“Justeru, SC membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran Seksyen 25(4) daripada Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Mengikut Seksyen 25(4) SICDA, akaun dagangan perlu dibuka atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa.

Semalam, SC merumuskan bahawa berdasarkan siasatan ia tidak dapat membuktikan terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA berhubung pemilikan saham menerusi akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Pengawal selia pasaran modal tempatan itu dalam satu kenyataan berkata, SC membuat kesimpulan dalam siasatannya itu berdasarkan bukti yang dikumpulkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here