RFID: Rakyat perlu diberi pilihan buat transaksi tol

0
3

RAKYAT perlu diberikan pilihan untuk kekal menggunakan Touch ‘n Go atau teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sebagai transaksi tol.

Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM), Shahir Adnan, berkata sekiranya kajian menunjukkan RFID lebih cekap berbanding Smart Tag, laluan Touch ‘n Go masih perlu dikekalkan.

Beliau berkata, pengekalan itu penting khususnya untuk rakyat yang tidak mampu memberi pelekat RFID, selain memberi pilihan kepada penduduk luar bandar yang hanya jarang menggunakan laluan bertol.

“Tidak dinafikan, satu sistem tunggal adalah paling ideal bagi meningkatkan kecekapan semua pihak termasuklah pengguna lebuhraya itu sendiri. Namun begitu, adakah keputusan ini mengambil kira semua aspek?

“Justeru, DPIM menggesa kerajaan melihat keputusan tersebut dengan mengambil kira aspek kewangan isi rumah rakyat, demografi rakyat luar bandar dan di bandar, serta isu ‘cekik darah’ penggunaan RFID,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kewangan isi rumah rakyat juga tidak seharusnya dibebankan dengan pembelian pelekat RFID.

“Bayangkan pengguna perlu membeli setiap pelekat dengan harga RM 35, walaupun kos pelekat tersebut sekitar RM 2-3 ringgit sahaja. Jika ada tiga kenderaan, maka perlu melekatkan tiga pelekat RFID.

“Kerajaan jangan membebankan rakyat dengan perkara kecil sebegini kerana dikhuatiri menjejaskan sokongan rakyat pada waktu getir ini,” katanya.

Dalam pada itu, Shahir turut mempersoalkan sama ada PLUS atau Touch ‘n Go akan memberikan bayaran balik kepada rakyat untuk setiap Smart Tag yang mahu dilupuskan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here