Jangan bertindak tidak bermoral menipu status vaksinasi – Wan Junaidi

0
2

ORANG ramai diseru supaya bersikap lebih amanah dalam penerimaan vaksin Covid-19 kerana ia demi kesihatan dan keselamatan masyarakat keseluruhan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata semua pihak perlu bertanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling dan tindakan menipu sijil vaksin tidak seharusnya berlaku.

“Semenjak akhir-akhir ini, semakin banyak terbongkar tentang sijil vaksin palsu.

“Saya yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat melaksanakan risikan dan pemantauan secara menyeluruh bagi mengesan pihak yang membeli dan membekal sijil vaksin palsu ini.

“Saya menyeru kepada orang ramai untuk bersikap amanah dan bertanggungjawab kepada masyarakat sekeliling,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, tujuan vaksin adalah untuk mengurangkan risiko penularan virus berjangkit Covi-19 kepada orang lain.

“Oleh itu, janganlah membuat sebarang tindakan tidak bermoral seperti menipu status vaksinasi anda,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here