Sahara diseliputi salji

0
2

SALJI menyeliputi pasir Gurun Sahara selepas suhu menurun di bawah paras beku dalam fenomena jarang berlaku di padang pasir terbesar di dunia yang pernah mencecah suhu panas sehingga 58 darjah Celsius.

Situasi itu dirakam jurugambar, Karim Bouchetata yang merakam imej salji dan ais yang menakjubkan di bandar Ain Sefra di barat laut Algeria semalam, lapor Daily Mail.

Gurun Sahara meliputi sebahagian besar Afrika Utara dan ia telah melalui perubahan suhu dan kelembapan sejak beberapa ratus ribu tahun yang lalu.

Walaupun Sahara sangat kering hari ini, ia dijangka menjadi hijau semula dalam masa kira-kira 15,000 tahun.

Tahun lalu, unta dilihat diseliputi oleh salji kerana Afrika Utara dicengkam oleh suhu yang melampau pada musim panas dan musim sejuk.

Bagi tempoh semalaman, suhu di bandar tersebut jatuh sehingga mencecah -2 darjah Celsius.

Menurut laporan, salji kali ini adalah kali kelima dalam tempoh 42 tahun dialami bandar itu dengan kejadian sebelum ini berlaku pada tahun 1979, 2016, 2018 dan 2021. – Malaysiapost

Kredit Foto: Daily Mail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here