Isu Azam Baki: Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas ditangguh

0
2
Parlimen Malaysia

PENANGGUHAN mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Bil 1. Tahun 2022 yang dijadualkan hari ini berikutan terdapat beberapa isu perundangan.

Pengerusi jawatankuasa itu, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata ini kerana ia memerlukan pandangan undang-undang terlebih dahulu daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) Parlimen.

“Mengambil kira beberapa isu berbangkit selepas surat dihantar oleh Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan mendapat maklum balas daripada beliau kemudiannya, maka saya arahkan SUDR dapatkan pandangan PUU terlebih dahulu.

“PUU perlu mengambil masa untuk meneliti kes ini, kerana ia agak rumit dan tidak dapat memberikan jawapan sebelum Rabu (hari ini).

“Oleh itu, terdapat cadangan daripada beberapa ahli jawatankuasa agar mesyuarat ditangguhkan dan saya bersetuju dengan cadangan tersebut,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Abdul Latiff yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata penangguhan itu telah dimaklumkan kepada sembilan ahli jawatankuasa yang terbabit.

Sebelum ini media melaporkan Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi Bawah Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan mesyuarat hari ini, untuk membincangkan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here