BEKAS isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Mawar Karim berkongsi gambar anak perempuannya Wan Maryam keseorangan sewaktu bercuti di Johor Bahru bersama ayah dan ibu tirinya baru-baru ini, mencetuskan persoalan orang ramai.
Foto itu dimuat naik menerusi InstaStory Mawar, memaparkan anaknya dibiarkan seorang diri di suatu sudut ketika berada di Legoland.
“Masya-Allah, Maryam. Tiada kata-kata. Tiada berfikir. Tiada takut,” tulisnya.
Mawar turut berkata, seseorang anak perempuan tidak pernah tinggal berasingan dengan ibunya, tidak kira berapa jauh jarak antara mereka.
Dia juga meletakkan tanda pagar ‘indah khabar dari rupa’ di posting berkenaan.
Malah, Mawar juga memuat naik satu lagi posting dengan kapsyen ‘Social Media VS Reality / Real Life’ seolah-olah membandingkan kehidupan yang ditunjukkan di dalam media sosial dan realiti adalah berbeza.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak masih tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan – Malaysiapost

