Kelantan masih runding isu royalti petroleum

0
2

KERAJAAN Kelantan masih lagi dalam proses rundingan dengan Kerajaan Persekutuan berkaitan isu pembayaran royalti petroleum.

Pejabat Menteri Besar Kelantan dalam kenyataan memaklumkan rundingan itu sehingga kini masih berterusan kerana pemberian RM400 juta kepada kerajaan negeri bagi tahun 2020 dan 2021 adalah merupakan pemberian wang ehsan daripada Kerajaan Persekutuan bukannya bayaran tunai royalti.

“Dan pemberian tersebut telah dimasukkan dalam Belanjawan Kelantan 2020 dan 2021,” menurut kenyataan itu.

Ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju memberi wang royalti sebanyak RM400 juta kepada Kelantan kerana keadaan ekonomi negeri itu yang agak jauh ke belakang.

Bagaimanapun, pada 25 November lalu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, beliau berkata ia disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

“Namun begitu, memandangkan lokasi medan petroleum berdekatan dengan perairan negeri Kelantan, maka Kerajaan Persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ihsan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here