Netizen terhibur ramai tumpang sekaki ciapan ‘sayang Mydin’

0
2

Nurul Huda Abhar

BERMULA dengan ciapan ‘Sayang Mydin’ oleh Twitter rasmi jenama minuman Tealive, ramai netizen yang terhibur dengan ‘perbualan’ antara admin-admin di laman sosial itu.

Kini menjadi trending ulang kicau beberapa laman Twitter terkenal yang berbual sesama mereka menarik perhatian ramai.

Ia bermula dengan ‘sapaan’ dari Tealive kepada Mydin, dan dibalas dengan permintaan ‘Tealive satu’ dari jenama gedung membeli belah terkemuka itu.

Sorotan dari balas ciapan itu, beberapa admin jenama seperti TGV Cinema, Oppo Malaysia, dan 7-Eleven Malaysia berminat ‘tumpang sekaki’.

“Salam Jumaat @MydinMalaysia. Filem baharu akan datang ‘Insafnya seorang Thanos, semua kerana #adminmydin,” tulis TGV Cinema.

“OPPOmin dah screenshot tweet ni @TGVCinemas jangan lari nanti ada yang petik jari habis mimpi jadi realiti,” tulis Oppo Malaysia.

“Min book la seat IMAX 3D untuk untuk kita premier nanti,” tulis 7-Eleven.

Malah, A’Famosa Thema Park juga ulang kacau ciapan dengan menulis “nak ikut”.

Lebih menghiburkan admin juara Piala Malaysia ke-100 juga tidak ketinggalan meninggalkan komen.

“Or (atau) meh la tengok bola,” katanya.

Rata-rata netizen terhibur dengan komen-komen dari admin tersebut yang gigih ‘bergabung’ berbual di Twitter.

“Terhibur tengok admin brands dan company saling interact (berinteraksi),” kata Nra_ya.

“Hubungan mesra antara syarikat korporat seperti perlu dibiasakan, kerana ia menghiburkan kita semua,” tulis Marcosrahman.

“Kita mahu hiburan seperti ini. Sila aktif lagi menghiburkan netizen ya semua admin-admin. Hilang stress aku baca,” kata Zachary. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here