AJK masjid mandikan remaja seperti jenazah disaran minta maaf

0
2

AHLI Jawatankuasa (AJK) masjid yang terbabit dalam kes tular remaja dimandikan seperti jenazah selepas ditangkap kerana mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang minggu lalu, disaran memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat umum.

Saranan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Abd Halim Aman, yang turut menyarankan pihak yang merakam video remaja terbabit dimandikan seperti jenazah dan menyebarkannya hingga tular juga memohon maaf.

Memetik laporan FMT dua saranan dibuat Abd Halim supaya kes itu menjadi pengajaran dan menjernihkan keadaan antara semua pihak.

“Ini bukan satu perintah, tetapi hanyalah satu saranan,” katanya.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini menyemak semula hukuman yang dijatuhkan ke atas Daniel Iskandar, 19, yang dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang pada 13 Januari lalu, kerana cuba mencuri tabung sebuah masjid di Kuang, Rawang.

Abd Halim mengenepikan hukuman berkenaan dan menggantikannya dengan khidmat masyarakat selama 120 jam bagi tempoh enam bulan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here