Terima madu, Syiela teman suami nikah, sanding

0
3

SEORANG wanita bernama Syiela Rashid tular di Facebook kerana menemani suaminya, Khubaib Ramli yang bernikah dan bersanding dengan wanita lain.

“Ke Majlis sanding suamiku Khubaib Ramli,” tulisnya dalam laman sosial itu.

Menerusi perkongsian video dan foto di Facebook, Syiela bukan sahaja duduk di samping pasangan pengantin baru itu ketika akad nikah dan makan beradat, malah dia juga turut memegang tangan suami dan madunya.

Syiela yang merupakan seorang juru solek artis (MUA) turut menyediakan baju khas yang dihasilkan sendiri untuk suaminya pada majlis persandingan akan datang.

“Dah lima tahun lebih akak tak pakaikan sampin untuk pengantin lelaki (suami). Sejak mendirikan rumahtangga dengan kanda Khubaib Ramli, akak hanya mekapkan dan groom (pengantin lelaki) pengantin perempuan je…

“Hari ini, setelah lima tahun berlalu… Akak refresh (ingat) balik skill (kemahiran) lama akak. Semalam, praktis sekali pakaikan sampin utk kanda. Ok, jari akak masih lembut rupanya. Maklumlah mak andam.. kata sang kanda haha Head to toe (hujung rambut sampai hujung kaki) kanda hari ini special touch by (disolek khas oleh) MUA Syiela Rashid.

“Dan untuk majlis akan dtg… Attire (pakaian) kanda akak yg designkan special (reka khas) untuk hari tersebut,” katanya.

Rata-rata netizen memuji kecekalan Syiela dan mendoakan kebahagian mereka bertiga.

Antara komen dan ucapan di laman sosial Facebook Syiela, Nasir Jedie berkata, inilah wanita yang solehah sanggup bermadu kasih sayang sebab dunia hanya sementara, akhirat selamanya itu tandanya dia dapat payung emas di akhirat. – MalaysiaPost