Long Tiger didakwa rabu ini

0
2

LELAKI Rohingya, Long Tiger atau nama sebenarnya Abd Hamim Ab Hamid yang ditahan semula di Kedah selepas lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu, dijangka didakwa Rabu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata Abd Hamim akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak.

“Long Tiger akan didakwa pada 19 Januari ini di Tangkak selepas perintah tahanan remannya berakhir,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Johor dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor hari ini.

Pada 6 Januari lalu, Abd Hamim, 33, dilapor masih direman selain menjalani kuarantin 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka.

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin, dilaporkan berkata Long Tiger direman dan dikuarantin mulai 5 sehingga 18 Januari ini.

Long Tiger meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu, dipercayai untuk ke negara jiran sebelum ditahan di Jalan Kuala Ketil, Alor Setar, pada 28 Disember.

Lelaki terbabit meloloskan diri melalui pintu hadapan mahkamah ketika menunggu perbicaraan mengikut Seksyen 388 kerana pemerasan.

Suspek juga masih mempunyai status perbicaraan mengikut Seksyen 506 kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 di Mahkamah Sesyen Muar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here