Tiada alasan untuk Tengku Zafrul terus berkeras – Asyraf Wajdi

0
2

AKTA Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991, Seksyen 54 adalah punca kuasa bagi pihak KWSP membenarkan pengeluaran caruman bagi tujuan membiayai kelangsungan hidup termasuklah bagi yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata maka tiada alasan jika Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz masih keras berhujah bahawa kerajaan tiada punca kuasa mahupun mendahului takdir bahawa masa depan pencarum akan merana kerana bersara dalam keadaan di bawah garis kemiskinan.

Berikut adalah hujah perundangan Asyraf Wajdi berhubung perkara itu yang dikongsi menerusi hantaran di Facebooknya hari ini:

BAHAGIAN VI
PENGELUARAN CARUMAN
Seksyen 54
Pengeluaran daripada Kumpulan Wang

(6) Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada subseksyen 59(2),Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli Kumpulan Wang untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa

(k) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan bagi maksud kelestarian hidup; [Mas. P.U.(A) 135/2020]

(l) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud keberterusan hidup; dan[Mas. P.U.(A) 389/2020]

(m) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud kelangsungan hidup disebabkan oleh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).[Mas. P.U.(A) 306/2021] – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here