Lelaki ditahan tunjuk isyarat lucah, maki polis

0
2

PADAH menunjukkan isyarat lucah dan menggeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis, seorang pemandu ditahan di Jalan Ampang, hari ini.

Lelaki berkenaan bertindak sedemikian terhadap anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang menjaga lalu lintas di jalan berkenaan.

Berdasarkan fakta kes yang dikongsi di laman Facebook Friends of Trafik Ampang, semasa anggota polis berkenaan menjalankan penugasan mengawal lalu lintas di Jalan Ampang, telah mengarahkan sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang individu untuk menunggu di stesen minyak.

Tindakan itu susulan pada masa tersebut pergerakan kenderaan sedang dijalankan secara liran kontra dan risiko berlakunya kemalangan jika kenderaan tersebut keluar.

“Pemandu kenderaan tersebut enggan mengikut arahan anggota bertugas dan secara tiba-tiba mengeluarkan perkataan ‘polis bodoh’ sambil menunjukkan isyarat lucah dengan menunjukkan jari tengah.

“Pemandu bersama kenderaan tersebut kemudian ditahan dan dibawa balik ke Balai Trafik Ampang untuk tindakan dibawah Sek 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis,” katanya.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati lelaki terbabit disahkan positif dadah jenis THC dan suspek diserahkan kepada Pegawai Penyiasat IPD Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

Suspek turut disiasat mengikut Seksyen. 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here