Pengembara pernah dijangkiti Covid-19, lengkap vaksinasi tak perlu kuarantin

0
2
Kelihatan orang ramai membeli tiket ketika tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. Semalam, penjualan tiket meningkat 30 peratus susulan kebenaran merentas negeri bagi individu lengkap vaksin Covid-19 bermula Isnin lepas.

PENGEMBARA yang pernah dijangkiti Covid-19 dan telah lengkap divaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin wajib apabila tiba di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, pengembara yang belum divaksinasi lengkap atau tidak divaksinasi pula perlu menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari di pusat kuarantin.

“Kesemua ketetapan terkini bagi prosedur kemasukan ke Malaysia oleh pengembara yang pernah dijangkiti Covid-19 akan mula berkuat kuasa pada Khamis 13 Januari 2022,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, bagi pengembara yang tidak pernah dijangkiti Covid-19, ketetapan semasa masih lagi terpakai.

Menurutnya, kerajaan akan memaklumkan sebarang perkembangan mengenai situasi dan ketetapan baharu bagi pengembara dari semasa ke semasa.

Khairy juga menegaskan, kerajaan masih mengamalkan prosedur kawalan sempadan termasuk pengujian dan kuarantin ke atas pengembara yang tiba ke Malaysia.

Katanya, ia bertujuan mengurangkan risiko pengimportan kes jangkitan Covid-19 dan mengelak berlakunya penularan jangkitan virus tersebut.

“Justeru kes dengan ujian RT-PCR positif tidak dibenarkan masuk ke Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here