KPLB laksana segera baikpulih jambatan gantung

0
2

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan melaksanakan langkah awal bagi projek membaikpulih jambatan gantung usang di Kampung Nelayan, Sandakan bermula minggu ketiga Januari ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya telah memberi perhatian segera mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, pejabat KPLB Sabah juga telah turun ke lapangan untuk membuat siasatan dan akan mengemukakan laporan terperinci termasuk kos untuk pelaksanaan.

“Kementerian komited memastikan projek ini dilaksanakan segera demi manfaat masyarakat setempat. Langkah awal pelaksanaan dijangka bermula minggu ketiga Januari,” katanya menerusi Facebook.

Ia susulan aduan pengguna Facebook Arjasneh Ahmad memaparkan foto beberapa pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sibuga Besar terpaksa menggunakan jambatan gantung usang dan tidak dibaiki pada hari pertama sesi persekolahan semalam.

Pelajar tersebut tinggal di Kampung Nelayan, Sandakan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here