KWSP untung, benarkan pengeluaran i-Citra – Isham

0
3

KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berharap dengan keuntungan melebihi RM48 bilion yang dicatatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dapat membuka ruang untuk kerajaan membenarkan pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000.

Menurutnya, KWSP telah mengumumkan catat keuntungan lebih tinggi iaitu RM48.02 billion, meningkat 7.7 peratus atau RM3.42 billion berbanding tempoh sembilan bulan yang sama tahun sebelumnya.

Katanya, pasaran saham pula menyumbang kepada 54 peratus pulangan pelaburan kespositif pada suku ketiga 2021.

Sehubungan itu, beliau berkata, melihat keuntungan KWSP termasuk pelaburan saham, secara tak langsung ia sekaligus dapat membantu rakyat dalam pengeluaran i-Citra.

“KWSP untung. Saham pun untung dilabur KWSP. Lepas ini harap bolehlah bantu rakyat yang sedang susah pula. Jangan tamak. Benarkan pengeluaran i-Citra kali terakhir,” katanya menerusi Facebook . – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here