PM: Kerajaan mahu permudah salur bantuan banjir, bukan menyulitkan

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bantuan perlu disalurkan dengan segera bagi memudahkan urusan mangsa yang terjejas bencana banjir.

Beliau berkata bantuan bukan sahaja dalam bentuk pemberian wang tunai kepada semua mangsa banjir malah dengan memberikan khidmat membaiki rumah.

“Prinsip kerajaan hari ini ialah mempermudahkan, bukan menyulitkan. Mempercepatkan bukan melewatkan.

“Semoga pemberian sumbangan dapat meringankan bebanan mangsa banjir,” katanya dalam ciapan Twitter.

Ismail Sabri turut memaklumkan seramai 53,896 atau 95.7 peratus ketua isi rumah yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000.

Sehubungan itu beliau meminta mangsa banjir yang masih belum mendaftar untuk menerima BWI, agar segera berbuat demikian bagi membolehkan kerajaan menghulurkan bantuan.

“Kepada mereka yang masih belum mendaftar, segera hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah untuk bantuan segera Kerajaan Persekutuan,” katanya.–Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here