Kris Dayanti didenda RM80 ugut sebar gambar bogel remaja 

0
2

SEORANG pekerja kilang warga Indonesia, Kris Dayanti, 22, didenda RM80 gara-gara gagal memberi keterangan berhubung pemilikan wang berjumlah RM50 dalam akaun bank miliknya. 

Majistret Mohd Shazmeer Zamhari menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan. 

Kris Dayanti juga berdepan hukuman penjara 10 hari jika gagal membayar denda tersebut. 

Berdasarkan pertuduhan, wanita tersebut didakwa kerana didapati di dalam akaun Maybank miliknya wang berjumlah RM50 di mana dia tidak dapat memberi keterangan memuaskan berhubung pemilikan wang tersebut. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Kuala Kangsar pada pukul 4.15 petang, 27 Julai lalu. 

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan telah beberapa kali disiasat bagi kes sama yang bersangkut dengan penggunaan akaun bank miliknya. 

Mengikut fakta kes, polis menerima laporan daripada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang mendakwa diugut dan dipaksa membayar sejumlah wang jika tidak mahu video bogelnya tersebar oleh wanita yang baharu dikenali menerusi aplikasi MiChat. 

Mangsa berkenalan dengan wanita itu pada jam 3 pagi, 27 Julai lalu sebelum berhubung menggunakan panggilan video melalui aplikasi WhatsApp. 

Remaja itu yang takut dengan ugutan berkenaan telah membuat pindahan wang berjumlah RM50 ke dalam akaun bank wanita terbabit pada pukul 4 petang hari yang sama. 

Selepas itu, remaja itu dipaksa lagi membuat pindahan wang berjumlah RM500. – Malaysiapost

Kredit Foto: K! online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here