Isu SK Assumption: KPM tak boleh berdiam diri 

0
2

MENTERI Kanan Pendidikan tidak harus berdiam diri berkenaan laporan bahawa Sekolah Rendah (SK) Assumption di Pulau Pinang bakal ditutup, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Ini kerana kata Ahli Parlimen Pekan itu, sebab ada pihak yang mula menghasut dan menjadi bahan untuk dipolitikkan oleh Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP. 

“Jangan dibiarkan menjadi bahan hasutan DAP/PH berdasarkan agama dan bangsa. Adakah sekolah ini akan ditutup? 

“Sekiranya ia akan ditutup, adakah sebab isu pengambilan tanah ataupun bilangan murid di sekolah tiga tingkat ini semakin menurun sehingga tinggal 55 murid sahaja yang berdaftar? 

“Trend jumlah murid yang semakin menurun ini turut diperakui kerajaan Pulau Pinang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Semalam media melaporkan SK Assumption di Butterworth yang diasaskan mubaligh Kristian pada tahun 1930-an, dijangka ditutup hujung bulan apabila seramai 55 muridnya dipindahkan ke sekolah lain. 

Jurucakap Pasukan Petugas Bersama Save Assumption School Vernon Christopher Fernandez dilaporkan berkata KPM telah mengumumkan sekolah itu akan ditutup berkuat kuasa 28 Februari 2022. 

Susulan itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy meletakkan kesalahan itu kepada KPM kerana didakwa gagal memenuhi janji awal untuk membeli tanah daripada pemilik persendirian. 

Malah, dakwanya pihak kementerian yang membina sekolah itu selepas ia dipindahkan dari tapak asal. 

Mengulas lanjut, Najib berkata walaupun bahan hasutan DAP-PH menyatakan sekolah itu telah wujud 89 tahun dahulu, kebenarannya ialah bangunan itu cuma dibina pada tahun 2008 setelah sekolah dan bangunan asal di lokasi lain musnah terbakar pada tahun 1995. 

“Lalu, pemilik swasta asal sekolah tersebut menjualkan tanah itu kepada pemaju untuk membina kondo,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here