Tun M selamat jalani prosedur elektif di IJN

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan selamat menjalani prosedur perubatan elektif di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

IJN dalam kenyataan hari ini, memaklumkan sepasukan doktor dari institut itu dan pusat perubatan Universiti Malaya bekerjasama menjalankan prosedur tersebut dan ia berjalan dengan lancar.

“Prosedur ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Tun Dr Mahathir Mohammad kini dalam keadaan sihat. Beliau juga sudah sedar dari prosedur berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut IJN, berdasarkan kepada situasi terkini, Dr Mahathir dijangka keluar dari wad dalam beberapa hari lagi.

“Buat masa ini, mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), tidak dibenarkan pelawat untuk melawatnya.

“Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas semua kesejahteraan, kebimbangan dan doa daripada orang ramai,” menurut kenyataan itu.

Jumaat lalu, IJN memaklumkan Dr Mahathir dimasukkan ke institut itu buat kali kedua bagi melakukan prosedur perubatan elektif.

Kali terakhir Dr Mahathir dimasukkan ke IJN adalah pada 16 Disember lalu untuk menjalani pemeriksaan dan dibenarkan pulang pada 26 Disember lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here