Rakyat Malaysia di Kazakhstan selamat

0
2
Riot police walk to block protesters in the center of Almaty, Kazakhstan, Wednesday, Jan. 5, 2022. Demonstrators denouncing the doubling of prices for liquefied gas have clashed with police in Kazakhstan's largest city and held protests in about a dozen other cities in the country. Local news reports said police dispersed a demonstration of about a thousand people Tuesday night in Almaty and that some demonstrators were detained. (AP Photo/Vladimir Tretyakov)

KEMENTERIAN Luar memantau rapi perkembangan terkini di Kazakhstan berikutan peningkatan keganasan dan tunjuk perasaan yang berterusan di negara itu.

“Kesemua 79 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan di Nur Sultan berada dalam keadaan selamat,” kata kementerian berkenaan dalam kenyataan, hari ini.

Mereka termasuk diplomat dan tanggungan masing-masing di kedutaan serta di pejabat MATRADE dan Tourism Malaysia di Almaty.

Kedutaan menasihatkan mereka supaya mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan diri, mengelakkan kawasan tunjuk perasaan dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan berkaitan.

Dalam pada itu, Kementerian Luar meminta rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Kazakhstan menghubungi Kedutaan Malaysia di Nur Sultan di talian +7 (7172) 790690, +77011010233 (selepas waktu pejabat) atau e-mel [email protected]

Tunjuk perasaan tercetus di bandar Zhanaozen di Mangystau pada 2 Januari lalu berhubung kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG). Bantahan itu kemudian merebak ke kawasan lain sebelum ke seluruh negara.

Susulan pergolakan itu, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev mengumumkan keadaan darurat di ibu kota komersial Almaty dan wilayah Mangystau yang kaya dengan minyak pada 4 Januari.

Agensi Anadolu melaporkan, setakat ini, 26 penunjuk perasaan terbunuh dan 18 yang lain cedera dalam demonstrasi antikerajaan itu, manakala sekurang-kurangnya 18 pegawai keselamatan turut kehilangan nyawa dalam keganasan itu.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa Kementerian Dalam Negeri menyatakan lebih 3,000 orang ditahan dalam kejadian itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here