KELAB bola sepak Laksamana 30 FC yang juga juara liga El Clasico tahun 2019 berharap lebih ramai badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat persendiran tampil memberikan sumbangan kepada mereka untuk terus berkembang seperti pasukan hebat yang lain.
Presidennya, Ku Aziz Tuan Nor, berkata Laksamana 30 FC mempunyai ramai bakat baharu yang berpontensi mencipta nama dalam arena sukan bola sepak dan berjaya mendapat tempat untuk menyertai ‘play-off’ bagi liga berprestij Selangor Champion League (SLC).

Pada awal penubuhan, kelab Laksamana 30 FC menyertai liga El Clasico pada tahun 2019. Format liga satu pusingan disertai oleh 12 pasukan kelab amatur tempatan.

Kemunculan pertama Laksamana 30 FC sangat membanggakan apabila menjuarai liga tersebut. Dalam edisi cup, Laksamana 30 FC berjaya ke separuh akhir bersama kelab kelab hebat yang lain.

Selaku juara liga, pasukan Laksamana 30 FC layak untuk menyertai liga M4 FTAL yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pencapaian amat menakjubkan apabila pasukan Laksamana 30 FC menjuarai liga dengan memenangi kesemua 11 perlawanan liga,” katanya kepada Malaysiapost.

Ku Aziz berkata, rentetan daripada pencapaian yang cemerlang, Laksamana 30 FC berjaya melayakkan pasukan untuk ke ‘play off’ kelayakan Liga M3.

Mengimbau kejayaan kelab itu, katanya pada tahun 2020 Laksamana 30 FC menyertai XLIGUE PANDAN yang merupakan liga komuniti yang dikawal selia oleh FAS bagi merancakkan budaya liga komuniti.
Katanya, Laksamana 30 FC berjaya menempa nama sebagai Naib Johan liga selepas memenangi lapan daripada 11 perlawanan.
“Hasilnya, Laksamana 30 FC mendapat tempat untuk menyertai ‘play-off’ bagi menyertai liga berprestij SCL,” ujarnya.
Menurut beliau, pelayar media sosial serta penyokong boleh melawati laman Facebook dan Instagram rasmi pasukan Laksamana 30 FC bagi mendapat perkembangan semasa, jadual serta keputusan perlawanan pasukan tersebut. – Malaysiapost

