5 negeri masih terjejas banjir, 5,400 mangsa dipindahkan

0
1

SERAMAI 5,400 mangsa banjir daripada 1,490 keluarga ditempatkan di 83 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri yang masih dilanda banjir ketika ini.

Berdasarkan laporan terkini situasi banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), secara keseluruhan 13 daerah masih terjejas akibat banjir.

Setakat jam 4 petang tadi, Johor merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,374 orang daripada 1,188 keluarga yang ditempatkan di 57 PPS membabitkan empat daerah.

Daerah-daerah yang terjejas adalah Segamat, Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

Pahang pula mencatatkan seramai 688 mangsa daripada 178 keluarga yang dipindahkan ke 18 PPS di empat daerah yang terjejas.

Bagi Melaka, seramai 397 mangsa daripada 107 keluarga ditempatkan di empat PPS di dua daerah, manakala Sabah merekodkan seramai 55 mangsa daripada 15 keluarga di tiga PPS membabitkan dua daerah.

Sementara itu, Negeri Sembilan merekodkan seramai enam mangsa daripada dua keluarga yang dipindahkan di satu PPS di Jelebu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here