KERAJAAN menubuhkan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF-C) bagi melaksanakan suntikan imunisasi bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata vaksin Covid-19 Comirnaty keluaran Pfizer (Pfizer) diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk imunisasi golongan tersebut.
“Jadual penghantaran untuk vaksin ini akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya dalam ciapan Twitter hari ini.
Khairy dalam kemaskini berbeza memaklumkan, janji temu bagi suntikan penggalak akan diberi menerusi aplikasi MySejahtera.
Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi pihak perubatan swasta yang disenaraikan di laman web @protecthealthco untuk mendaftar sebagai senarai menunggu.
Katanya, empat pusat pemberian vaksin (PPV) berskala besar di Lembah Klang akan mula beroperasi bulan ini bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak. – Malaysiapost

