3,381 jangkitan baharu, Selangor catat kes harian tertinggi

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

MALAYSIA hari ini melaporkan 3,381 kes baharu Covid-19, iaitu penurunan 162 kes berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia setakat hari ini mencecah 2,780,080 kes.

Pecahan kes harian mengikut negeri menunjukkan Selangor merekodkan kes paling tinggi dengan 879 kes, manakala Kelantan (385), dan Johor (299).

Kuala Lumpur mencatatkan 271 kes, Sabah (241), Pahang (226), Pulau Pinang (219), Kedah (216) Sementara Negeri Sembilan merekodkan 172 kes, Perak (161), dan Melaka (141).

Bagi negeri yang kes harian Covid-19 di bawah angka 100 adalah Terengganu sebanyak 94 kes, Putrajaya (30), Sarawak (18) serta Labuan dan Perlis masing-masing 14 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here