KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memaklumkan sebanyak 263,662 naskhah buku teks rosak akibat banjir melibatkan 14,422 murid di seluruh negara setakat hari ini.
Bagaimanapun Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata KPM mempunyai stok mencukupi untuk menggantikan buku teks yang rosak seterusnya membolehkan murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lancar minggu depan.
“Murid yang kehilangan atau buku teks rosak akibat banjir, jangan risau anak-anak tak perlu membayar ganti rugi atas kerosakan buku tersebut mahupun menggantikannya.
“Guru-guru akan merekodkan jumlah buku yang rosak akibat banjir, insya-Allah kita akan pastikan usaha untuk menggantikan buku teks ini dapat dilaksanakan segera.
“Ini bagi memastikan sesi persekolahan minggu hadapan teratur dan lancar,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.
Radzi turut berhadap murid dan pelajar yang terkesan akibat banjir akan dapat mengharungi tempoh yang sukar ini, seterusnya dapat kembeli semula kes sekolah. – Malaysiapost

