RM560 juta kerugian akibat Macau scam tahun lalu

0
2

SEJUMLAH 1,585 kes penipuan secara panggilan telefon atau ‘Macau scam’ telah disiasat oleh polis sepanjang 2021 membabitkan kerugian berjumlah lebih RM560 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata secara menyeluruh berdasarkan rekod seramai 9,646 individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penipuan berkenaan.

“Melalui pemantauan, sindiket ini didapati kerap mengubah modus operandi yang digunakan untuk memperdaya mangsa dan terbaru sindiket ini dikesan menipu dengan menyatakan mangsa layak menerima insentif atau bantuan daripada kerajaan.

“Mangsa kemudian diminta untuk menyerahkan butiran peribadi dan kata laluan perbankan dalam talian kononnya untuk memudahkan proses pembayaran bantuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyerahkan maklumat mengenai maklumat perbankan yang penting dan sulit kepada pihak lain.

Sementara itu, menurutnya usaha membanteras sindiket penipuan itu juga berdepan kesukaran kerana melibatkan rangkaian di luar negara hingga menyukarkan tindakan pembanterasan dilaksanakan secara menyeluruh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here