Johor lulus undi 18 

0
4

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Johor meluluskan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (Pindaan) 2021 untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya bagi kerusi DUN daripada 21 kepada 18 tahun. 

Pindaan Perkara 16 Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1985 (Pindaan) 2021 dibentangkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.  

Pindaan itu diluluskan sebulat suara oleh semua Adun selepas bacaan kali ketiga. 

Pindaan itu dibahaskan Hahasrin Hashim (BN-Panti) dan K Raven Kumar (BN-Tenggaroh) yang mewakili blok kerajaan manakala Andrew Chen Kah Eng (PH-Stulang) dan Mohammad Taqiuddin Cheman (PH-Pulai Sebatang) mewakili pembangkang. 

“Enakmen ini akan berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan kerajaan negeri melalui pemberitahuan dalam warta,” kata Speaker Dun, Suhaizan Kayat.  

Pindaan itu selaras kelulusan Rang Undang-Undang pada 2019 untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan umur mengundi dan umur layak calon pilihan raya daripada 21 kepada 18 tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here