“TUNGGU sahaja…. saman akan dibuat ke atas orang itu,” kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Azam berkata, beliau akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemarkan reputasinya dan SPRM.
Jelasnya, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan dakwaan yang tidak berasas itu tidak berulang.
“‘Just wait’ (tunggu)…. saman akan dibuat ke atas orang itu,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Dalam sidang media bersama Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di Ibu Pejabat SPRM semalam, Azam memaklumkan terdapat usaha beberapa pihak yang berkepentingan atau mempunyai agenda yang tidak baik terhadap SPRM.
Katanya, pihak berkenaan mengambil kesempatan untuk terus menghakis kepercayaan masyarakat ke atas agensi itu dengan menjadikannya sasaran serangan bertubi-tubi.
Justeru, Azam memaklumkan setelah mendapatkan nasihat peguam beliau membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
Menurutnya, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan dakwaan yang tidak berasas itu tidak berulang.
Azam berkata, mereka yang terlibat sudah dikenalpasti dan mendakwa mereka digunakan pihak tertentu untuk memberi tekanan ke atas SPRM. – Malaysiapost

