Banyak aduan rider Foodpanda tak terima gaji, gaji tertunggak – PENGHANTAR

0
2

PERSATUAN Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) mengesahkan menerima banyak aduan daripada Penunggang P-Hailing Syarikat Foodpanda (M) Sdn Bhd berkenaan isu gaji minggu.

Menurut persatuan itu, sebanyak 51 aduan gaji minggu tertunggak dan terdapat juga rakan penunggang P-Hailing langsung tidak menerima gaji mereka daripada pihak syarikat untuk minggu tersebut.

“Rakan penunggang P-Hailing Foodpanda juga mendakwa telah menghubungi pihak pengurusan Foodpanda dan mereka menyarankan penunggang untuk menghantar laporan masalah gaji melalui “Create Tickets” di dalam aplikasi bekerja penunggang.

“Namun sehingga kini tiada sebarang respon atau pembayaran telah dilakukan oleh pihak syarikat,” kata PENGHANTAR menerusi kenyataan di laman Facebook persatuan itu.

Menurut PENGHANTAR, selain gaji tertunggak dan tidak menerima gaji, penunggang P-Hailing Foodpanda mendakwa pihak Syarikat tidak membayar bayaran bonus yang telah dijanjikan.

“Kami memandang serius isu serta masalah ini dan memohon pihak syarikat Foodpanda (M) Sdn Bhd untuk menyelesaikan isu berkaitan gaji Rakan Penunggang P-Hailing selewat-lewatnya Jumaat ini.

“Sekiranya gagal menyelesaikan isu gaji ini sehingga Jumaat, kami akan bersama-sama Rakan Penunggang P-Hailing Foodpanda membawa isu gaji ini kepada pihak Kementerian Sumber Manusia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here