
SEBANYAK 18 lagi kes kematian Covid-19 dilaporkan di Malaysia, setakat jam 11.59 tengah malam tadi.
Berdasarkan perincian dikeluarkan GitHub, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata daripada jumlah itu, tiga korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Pahang, Perak dan Selangor masing-masing mencatat angka kematian tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Kedah, Melaka dan Kuala Lumpur (masing-masing dua) serta Kelantan, Sabah dan Terengganu (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini mencecah angka 31,609 orang.
Manakala jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di Malaysia kini mencecah angka 2,773,156. – Malaysiapost
