15 kawasan di Dungun, Kemaman terjejas air pasang besar

0
1

FENOMENA air pasang besar sejak Ahad lalu menjejaskan 15 kawasan penempatan pesisir pantai dan sungai di sekitar Dungun dan Kemaman. 

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata fenomena air pasang besar setinggi 3.3 hingga 3.7 meter dijangka berlaku sehingga Sabtu ini.

Beliau berkata, antara kawasan yang terjejas termasuk Kampung Tanjung Mak Tat, Kampung Pulau Tempurung dan Kampung Bakau Tinggi di Kemaman, manakala di Dungun melibatkan Kampung Seberang Pintasan, Kampung Rajawali, muara Kuala Dungun dan Kampung Sungai Buaya.

Menurutnya, rondaan secara berkala dilakukan di kawasan berisiko bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin dan tindakan segera diambil sekiranya keadaan semakin memburuk.

“Untuk warga emas dan kanak-kanak kita ada ambil maklum dan dalam perhatian pihak jabatan dan pasukan bomba, polis dan pasukan penyelamat yang lain untuk.

“Kita telah mengenal pasti beberapa keluarga terdiri warga emas, OKU dan kanak-kanak untuk kita selamatkan terlebih dahulu sekiranya berlaku keadaan yang lagi teruk,” katanya dipetik Astro Awani. 

Pada masa sama, Azman menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca semasa dan memantau aktiviti anak-anak supaya tidak bermain air banjir bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kemaman bagi menempatkan 19 mangsa melibatkan lima keluarga. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here