Liverpool, Arsenal tangguh hajat berentap

0
2

PERLAWANAN separuh akhir pertama Piala Carabao antara Arsenal menentang Liverpool yang dijadualkan awal pagi esok, terpaksa ditunda susulan penularan mendadak kes Covid-19 di  Anfield. 

Liverpool sebelum ini beraksi tanpa Jurgen Klopp ketika menentang Chelsea dalam Liga Perdana (EPL) pada Ahad selepas pengurus pasukan itu disyaki positif Covid-19.

Namun kini, pembantu Klopp iaitu Pep Lijnders juga disahkan positif Covid-19.

The Reds juga terpaksa menutup tempat latihan mereka susulan penularan virus tersebut.

Selasa lalu, Liverpool memohon perlawanan tersebut ditunda dan Liga Bola Sepak England (EFL) menyatakan ia telah menerima permintaan itu untuk menunda perlawanan

“Perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao (Liga) antara Arsenal dan Liverpool yang dijadualkan pada Khamis 6 Januari 2022 telah ditangguhkan berikutan permintaan rasmi Liverpool kerana penularan jangkitan Covid-19 yang teruk dalam kalangan kakitangan pengurusan dan pemain mereka,” kata EFL dalam kenyataan yang dipetik Goal.com. 

Susulan itu, perlawanan yang ditangguh ini bakal diadakan pada 13 Januari di Anfield dan perlawanan kedua di Emirates berlangsung pada minggu berikutnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here