Tapir seberat 200 kg diselamatkan Perhilitan

0
2

TAPIR jantan seberat 200 kilogram (kg) yang cedera di kaki berjaya diselamatkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Temerloh di Felda Chemomoi, Triang, Pahang.

Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook, memaklumkan operasi menyelamat hidupan terlindung itu turut dibantu Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Jenderak Selatan.

“Operasi ini telah dijalankan susulan menerima maklumat oleh orang awam berkenaan seekor tapir yang tercedera di bahagian kaki di lokasi kejadian.

“Rawatan awal ke atas tapir tersebut telah diberikan oleh Penolong Pegawai Veterinar Jabatan Perhilitan sebelum dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah memberikan maklumat mengenai tapir yang tercedera itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here