Polis berkuasa menahan pemegang kad UNCHR – Hamzah Zainudin

0
2
Datuk Seri Hamzah Zainudin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berkuasa untuk menahan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang di negara ini termasuk warga asing.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata setiap orang yang berada di Malaysia adalah sama di sisi undang-undang.

“PDRM berkuasa menahan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan jenayah dan melanggar undang-undang dalam negara.

“Ia sama ada warganegara, penduduk atau warga asing, termasuk pemegang kad pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR),” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Di Malaysia kebanyakan pemegang kad UNCHR adalah pelarian etnik Rohingya dan berdasarkan statistik, pemegang kad UNHCR di Malaysia sekarang ialah seramai 179,383 berbanding hanya 140,982 pada 2013.

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai etnik Rohingya sering diperkatakan termasuk kes lelaki digelar ‘Long Tiger’ yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak Johor sebelum berjaya ditangkap semula baru-baru ini.

Terbaru, heboh isu pengemis kanak-kanak Rohingya yang dikatakan berlagak samseng ketika meminta sedekah hingga tular di media sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here