Masyarakat gagal beri perlindungan kepada kanak-kanak Rohingya – Azalina

0
1

KANAK-kanak Rohingya tidak harus dipersalahkan apabila mereka terpaksa mengemis di jalanan kerana ia adalah kegagalan masyarakat dalam melindungi mereka, kata Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) berpendapat kanak-kanak berkenaan gagal diberikan perlindungan sewajarnya.

“Kanak-kanak Rohingya tidak patut dipersalahkan apabila mereka hidup di jalanan.

“Kita gagal memberikan perlindungan mencukupi hingga mereka menjadi pengemis atas arahan orang dewasa!,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau merujuk isu tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan kanak-kanak Rohingya mengetuk pintu kereta secara agresif untuk meminta wang.

Azalina, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, turut mempersoalkan kewujudan Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak.

Beliau merujuk kepada Seksyen 32 (kanak-kanak tidak boleh dipergunakan untuk mengemis dan aktiviti haram) serta Seksyen 33 (meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan munasabah) Akta Kanak-kanak 2001.

Menurut akta itu, majlis terbabit bertanggungjawab mewujudkan sistem pengurusan yang cekap dan berkesan di seluruh negara dengan menggabungkan saluran maklumat untuk melaporkan kes kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.

Terdahulu, media hari ini melaporkan kanak-kanak Rohingya yang tular dengan video berlagak samseng memarahi orang ramai ketika meminta sedekah baru-baru ini, telah ditahan hari ini.

Menerusi satu perkongsian dari akaun TikTok @fifi_story07 memaparkan beberapa keping gambar yang menyaksikan kanak-kanak terbabit ditahan pihak berkuasa.

Menurut pemilik akaun tersebut, kanak-kanak terlibat telah ‘diangkut’ penguat kuasa selain berharap dihantar ke negara asal mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here