Mangsa banjir terus meningkat di Johor

0
2

JUMLAH mangsa banjir di Johor meningkat kepada 5,399 orang pada jam 8 pagi berbanding 5,364 orang pada 4 pagi tadi.

EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata jumlah itu melibatkan 1,340 keluarga di 81 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Daerah yang terjejas banjir ketika ini adalah Segamat, Tangkak, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Muar dan Batu Pahat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Segamat kekal daerah paling teruk terjejas dengan 3,804 mangsa, namun mencatatkan sedikit pengurangan berbanding Selasa.

“Ini diikuti Tangkak dengan 598 mangsa, Mersing (470), Muar (161), Kota Tinggi (131), Kluang (124) dan Batu Pahat (111),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Vidyananthan berkata, ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan Johor tidak mempunyai sebarang amaran bahaya melibatkan hujan pada hari ini..

Menurutnya, sebanyak 13 laluan masih terputus hubungan melibatkan 10 laluan di Segamat serta masing-masing satu di Mersing, Kluang dan Muar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here