Teguran Mukhriz demi kelangsungan politik PH -Khairuddin

0
2

TEGURAN supaya Pakatan Harapan (PH) menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penerajunya disifatkan sebagai teguran yang ikhlas selain untuk memberi nafas baharu kepada blok pembangkang itu.

Perkara itu dipersetujui Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan yang berkata, teguran oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu adalah demi melihat kelangsungan ‘survival’ PH terus subur dalam arena politik tanah air.

“Demi kelangsungan politik pembangkang untuk terus kekal relevan semua pihak kena terima teguran ikhlas datuk seri utama mukhriz mahathir secara hati yang terbuka.

“Seandainya pemimpin-pemimpin pembangkang mahu terus relevan serta diterima oleh rakyat jelata; Anwar Ibrahim harus digantikan dengan muka baru untuk memimpin gagasan pembangkang.

“Keputusan PRN Melaka dan Sarawak merupakan signal jelas para pengundi sedang menolak kepimpinan anwar ibrahim yang dianggap lapuk serta ketinggalan zaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Khairuddin, PH dipimpin Anwar dilihat lebih condong memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri daripada membela nasib rakyat dan negara.

“Politik ‘baling batu sorok tangan,’ ‘tikam belakang,’ ‘pecah dan perintah’ serta agenda kepentingan peribadi Anwar Ibrahim yang hanya mahu jadi Perdana Menteri Malaysia sudah tidak boleh diterima lagi di alaf moden ini.

“Masa depan pembangkang dalam lanskap politik tanahair sedang menuju kearah ‘era kegelapan’ kini kerana wadah perjuangan Anwar Ibrahim hanya untuk dirinya bukan agenda kepentingan bangsa dan negara sepertimana perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairuddin menegaskan, Presiden PKR itu tidak mempunyai agenda untuk membela rakyat secara jelas.

“Lihat saja demi kepentingan peribadinya dan PH, Anwar Ibrahim sanggup memeterai MoU dengan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO.

“Kini, apa saja yang dilakukan oleh kerajaan kleptokrasi 2.0 keseluruhan Ahli-Ahli Parlimen PH terpaksa menyokong atau hanya berkecuali dalam mana-mana pengundian di dalam Dewan Rakyat.

“Sebab itu rakyat sedang menghukum PH dalam kedua PRN yakni di Melaka mahupun Sarawak,” katanya.

Justeru, Khairuddin berkata, pemimpin-pemimpin PH dan Anwar Ibrahim harus menerima pandangan Mukhriz secara berlapang dada demi menjaminkan survival politik pembangkang di negara kita yang tercinta ini.

“Parti Anwar Ibrahim gagal untuk memenangi walaupun satu kerusi DUN dalam kedua-dua PRN tersebut.

“Cukup-cukuplah pemimpin-pemimpin PH mengizinkan Anwar Ibrahim terus menipu dan memperbodohkan mereka!!

“Pemimpin-pemimpin PH yang berada dalam ‘circle’ Anwar Ibrahim sedang menghadapi sindrom sokong secara membuta-tuli terhadap apa saja kesalahan yang dilakukan oleh Presiden PKR itu.

“Tiada siapa di kalangan pemimpin-pemimpin PH yang berani menegur segala kelemahan serta kesilapan anwar ibrahim yang sedang berlaku kini,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here