Sebab lain, bukan sebab banjir, rumah tinggal tangga batu

0
1

MASIH ada segelintir individu yang menangguk di air keruh dengan ‘memanfaatkan’ bencana yang berlaku untuk melakukan jenayah.

Perkara itu terjadi kepada seorang lelaki yang tidak menyangka bencana banjir yang berlaku baru-baru ini telah menyebabkan rumah yang baru dibelinya hanya tinggal tangga batu.

Lebih malang, lelaki yang dikenali sebagai Akmal Nizam Salleh berkata, keadaan rumahnya itu bukan kerana dihanyutkan banjir, sebaliknya telah diambil kesempatan oleh pihak yang tidak dikenali untuk mencuri semua kayu rumahnya sehingga tinggal tangga batu.

Menerusi hantaran di Facebook yang menggunakan tajuk “Kisah angan-angan tak menjadi”, dia mendakwa hasrat untuk menambah baik keadaan rumahnya itu kini hanya tinggal impian.

“Pertengahan tahun 2021 saya beli rumah kayu ni untuk dibuka dan pasang semula di kebun. Tiga hari lepas saya bersama sekumpulan tukang pergi untuk buka. Malangnya dah tinggal tangga batu sahaja, rumahnya di curi orang…

“Zaman banjir ni bukan setakat microwave ja org curi, Rumah pun orang boleh curi…

Semoga Allah gantikan yang lebih baik… Aminn,” katanya.

Bagaimanapun Akmal tidak menyatakan perincian kedudukan rumahnya itu terletak di lokasi banjir yang mana satu.

Menerusi ‘update’ terkini di Facebooknya hari ini, Akmal mengumumkan pencuri kayu rumahnya telah berjaya diberkas polis.

“Pelaku dah dapat dengan bantuan sahabat-sahabat dan abang polis. Rumah dan kayu lebuh. Duit dapat balik full…,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here