Amaran hujan lebat, ribut petir di lapan negeri

0
2

PENDUDUK di beberapa negeri dinasihatkan berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan amaran hujan lebat serta ribut petir yang dijangka berlaku sehingga lewat petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan, berkata amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, dan Sabah sehingga jam 7 malam.

Katanya, bagi negeri Kedah, kawasan terlibat adalah Bandar Baharu, manakala Perak di Kerian, Larut, Matang, Selama dan Kuala Kangsar.

“Kawasan terlibat di Selangor adalah Gombak, Petaling dan Hulu Langat, manakala Johor di Mersing dan Kota Tinggi.

“Keadaan cuaca buruk ini melibatkan keseluruhan kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

MetMalaysia berkata, amaran sama di keluarkan terhadap di Johor iaitu di Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru serta Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Ranau).

Katanya, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here