KES harian Covid-19 kekal pada angka 2,000 buat tiga hari berturut-turut apabila melaporkan 2,842 kes baharu hari ini.
Malaysia merekodkan 2,690 kes semalam dan 2,882 kes kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,769,886 kes sejak wabak berkenaan melanda negara.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. – Malaysiapost

