Imbauan 2021: Wabak Covid-19 terus membungkam rakyat, negara

0
3

Sharifudin Abdul Rahim

TAHUN 2021 sangat mencabar bagi rakyat Malaysia yang menuntut kesabaran bagi meneruskan kelangsungan hidup lantaran bergelut dengan pandemik Covid-19.

Sepanjang tahun lalu, rakyat Malaysia bukan sahaja berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berpanjangan, malah pelaksanaan PKP penuh dan darurat yang memberi kesan mendalam kepada semua lapisan masyarakat.

Berikut antara momen sepanjang PKP, selain kesan wabak Covid-19 kepada rakyat dan negara yang sempat dirakam lensa Malaysiapost sepanjang tahun lalu. – Malaysiapost

Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia mula mencangkul tanah untuk menanam jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia menguruskan jenazah covid-19 setelah dimasukkan ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia menguruskan jenazah covid-19 setelah dimasukkan ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.
Jenazah covid-19 dibawa oleh petugas-petugas Bilik Mayat HKL ke van jenazah dan dibawa ke tanah perkuburan.
Sesi pengecaman oleh seorang waris jenazah covid-19 dan dipantau oleh petugas-petugas JAWI.
Jenazah covid-19 dibawa oleh petugas-petugas Bilik Mayat HKL ke van jenazah dan dibawa ke tanah perkuburan.
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam,
Petugas-petugas barisan hadapan telah menerima vaksin Pfizer di Hospital UiTM Sungai Buloh ketika tinjauan Malaysiapost.
Petugas-petugas barisan hadapan telah menerima vaksin Pfizer di Hospital UiTM Sungai Buloh ketika tinjauan Malaysiapost.
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost.
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost.
Siti Jumaih Abdul Razak, 38 memegang anaknya, Sheikh Adeeb Aiman Sheikh Salahuddin, 3 yang menangis ketika menjalani ujian saringan Covid-19 di Dewan Seri Siantan Sungai Tua.
Petugas-petugas barisan hadapan membantu seorang warga emas yang terjatuh tangga di Dewan Seri Siantan Sungai Tua.
Sudut orang ramai menunggu giliran dan mengambil vaksin AstraZaneca di PWTC.
Anggota-anggota PDRM dan ATM sedang melakukan pemeriksaan kebenaran bekerja dan merentas daerah ke atas orang ramai yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di jalan Desa Sri Hartamas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).
Anggota-anggota PDRM dan ATM sedang melakukan pemeriksaan kebenaran bekerja dan merentas daerah ke atas orang ramai yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di jalan Desa Sri Hartamas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here