Kes baharu Covid-19 catat 2,690 hari ini

0
2
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

KES harian Covid-19 menunjukkan penurunan dua hari berturut-turut pada angka 2,000 apabila 2,690 kes direkodkan hari ini.

Malaysia merekodkan 2,882 kes jangkitan Covid-19 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,767,044 kes sejak wabak berkenaan melanda negara.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here