‘Inilah doktor selama 10 tahun saya sakit’ – Elyana

0
1

PENYANYI Elyana mendedahkan identiti insan yang selama ini berjasa merawat penyakit kanser dihadapinya sejak tahun 2012, iaitu Dr Mohd Haris Fadzillah Abdul Rahman.

Pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkata dia bersyukur dengan keajaiban kurniaan Allah SWT selepas disahkan kembali sihat seperti sedia kala.

“7 Disember 2021. Allah SWT mendatangkan pelangi yang dah lama hilang kepada saya. Keputusan scan saya sangat ajaib. Kanser hilang.

“Alhamdulillah… Inilah doktor saya selama 10 tahun saya sakit, Dr Haris. Terima kasih doktor,” tulisnya di hantaran Instagram.

Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata itu menzahirkan rasa syukur kini sudah bebas daripada penyakit kanser limfoma tahap empat setelah 11 tahun menjadi salah seorang pejuang kanser.

Elyana berkata dia bersyukur penantiannya selama ini berhasil selepas doktor mengesahkan kansernya telah hilang.

Ketabahan pelantun lagu Niat itu kekal positif mengharungi sesi kemoterapi mendapat perhatian ramai, yang memuji kesungguhannya untuk pulih daripada kanser. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here