Bukit Aman tahan samseng jalanan di PD 

0
2

SERAMAI sembilan lelaki termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Lebuhraya Seremban-Port Dickson semalam. 

Kesemua individu berumur 17 hingga 22 tahun ditahan menerusi Operasi Samseng Jalanan antara jam 12.30 tengah hari dan 2 petang. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata operasi dilaksanakan Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman. 

Menurutnya, mereka melakukan aksi seperti berlumba atau bersaing sesama sendiri. 

“Selain itu, membuat aksi zig-zag di lebuh raya, menunggang sambil meletak kaki atas motor (ala superman) dan aksi membongkok badan semasa menunggang,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Aidi Sham berkata, individu-individu terbabit bersama motosikal masing-masing yang digunakan untuk melakukan aksi tersebut, dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk siasatan lanjut. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here