Omicron: 77.6% dari 966 sampel positif libatkan pengembara dari Arab Saudi 

0
2
https://www.facebook.com/photo/?fbid=237627165065961&set=pb.100064560379224.-2207520000..

SEBANYAK 966 daripada 1,077 sampel positif Covid-19 yang diambil dari 21 sehingga 29 Disember lalu telah menunjukkan jangkitan varian Omicron. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 77.6 peratus jangkitan varian Omicron itu melibatkan pengembara dari Arab Saudi. 

“Penangguhan sementara aktiviti umrah adalah untuk memperlahankan penularan varian Omicron. Penilaian risiko akan terus dilakukan,” katanya dalam ciapan Twitter, hari ini. 

Semalam, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini. 

Menurut Khairy, perhimpunan berskala besar melibatkan jemaah dari pelbagai negara di Arab Saudi mendedahkan jemaah Malaysia kepada risiko jangkitan Covid-19 termasuk varian Omicron. 

Katanya, situasi itu menyukarkan para jemaah untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) umrah yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here